SELANGOR MALAYSIA

Friday, January 15, 2016

PETUA PUTIHKAN CELAH PEHA & BAWAH KETIAK

1. Limau nipis & kapur sirih
Gunakan limau nipis dengan kapur untuk membantu menghilangkan kesan hitam celah ketiak dan celah peha. Caranya sangat mudah iaitu dengan mencampurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur lalu sapukan ditempat yang hitam itu, celah ketiak ataupun celah peha. Sapu dan gosok perlahan sahaja kerana dikhuatiri akan menyebabkan luka yang boleh memedihkan. Biarkan selama lebih kurang 15minit sebelum dibilas dengan air bersih.  Amalkan 3x seminggu untuk hasil yang memuaskan.
2. Parutan lemon & timun
Cuci celah ketiak dan celah peha menggunakan parutan lemon dan timun. Biarkan selama lebih kurang 20minit sebelum dibilas.
3. Batu tawas
Gunakan batu tawas untuk menggosok kawasan yang bermasalah. Hanya perlu campurkan tawas dengan air dan gosok tempat gelap bawah ketiak dan celah peha dengan menggunakan span. Gosok beberapa minit sebelum dibersihkan dengan air .
4. Ubat gigi
Hanya letakkan sedikit sahaja ubat gigi ditempat yang hitam itu dan biarkan hanya 5 minit sebelum dicuci..jangan letak banyak nanti panas. Dan jangan biarkan terlalu lama.
5. Amalkan tips bercukur yang betul
Pastikan pencukur yang anda gunakan betul2 tajam. Cukur dengan cara yang betul iaitu mengikut arah bulu tumbuh dan gunakan krim pencukur. Jangan lawan arah..nanti boleh menyebabkan luka dan kulit menjadi kasar.
6. Scrub
Anda boleh amalkan Scrub dengan kerap untuk menganggalkan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya pasti memuaskan kerana ianya  akan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru & hasilnya kulit anda akan lebih putih. Amalkan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.
Masa mandi tu ambil masa beberapa minit je..gosok kawasan2 terlindung tu dengan kerap..untuk membantu membuang sel-sel mati. Sel-sel mati yang tak dibuang inilah yang akan menyebabkan kawasan berkenaan menjadi. Jika dibiarkan kesan hitam ini makin sukar untuk dihilangkan.