SELANGOR MALAYSIA

Saturday, December 23, 2017

Char Koay Teow Abang Is

Dulu saya panggil Char Kueh Teow Jalan Bunga raya rupanya baru tahu namanya Char Koay Teow Abang Is...eheheheheee..tapi memang kena selera tekak saya sejak zaman bujang lagi. Asal balik kedah je mesti saya akan singgah jalan bunga raya penang untuk makannya. Char Kueh Teow ni diantara yang sedap pernah saya makan. Selamat memcuba ye...




Selera Deejay

Assalammualaikom w.b.t

Bersyukur kehadrat illahi kerana dapat lagi saya mengemaskini blog untuk tatapan pembaca yang berada diluar sana. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang selera saya yang mungkin anda diluar sana ingin mencubanya ataupun kepada sesiapa yang tidak ada idea untuk makan dimana, boleh lah mencuba ditempat-tempat yang saya kongsikan ye.... pa pe pun setelah mencuba tu jangan lupa komen dibawah ye. Anda juga boleh berkongsi tempat makan yang sedap dan menarik dengan saya supaya saya boleh mencubanya. Terima Kasih.....

Di antaranya :

1. Redup Rimba, Bangi
2. Char Kueh Teow Abang Is, Penang

Thursday, October 26, 2017

Opppppsss...Miss V berbau???



Penyebab Miss V Berbau :

Ø  Adanya infeksi kulat dan bakteria, seperti kulat candida albicans dan bakteria haemophillus vaginalis. Sama ada daripada anda sendiri atau pun suami.

Ø  Suami tidak menjaga kebersihan alat sulitnya hingga menyebabkan jangkitan pada anda sewaktu mengadakan hubungan seksual.

Ø  Kurang menjaga kebersihan faraj. Jarang mencukur atau tidak mencukur bulu kemaluan. Kalau dah panjang, jangan disimpan, cepat-cepat cukur kerana ia boleh membuatkan faraj berbau.

Ø  Akibat kerap memakai pakaian dalam yang terlalu ketat atau bahan sintetik sehingga tidak menyerap peluh.

Ø  Adanya perubahan hormon hingga menyebabkan keluar cecair berlebihan dan faraj sentiasa lembab serta boleh menimbulkan infeksi jika tidak dibersihkan dengan kerap.

Ø  Penggunaan pad / pantyliner yang terlalu lama hingga menyebabkan jangkitan kuman.

Ø  Akibat PMS atau masa menuju hari kitaran haid.

Ø  Penggunaan pembersih faraj yang berlebihan atau tidak sesuai dengan kulit anda kerana ada kandungan bahan kimia.

Ø  Masalah keputihan yang berlebihan. Salah satu makanan yang boleh menyebabkan keputihan adalah timun, daging merah, kopi, bawang, produk tenusu, rempah ratus & alcohol yang berlebihan.

Ø  Jarang mencuci vagina dan cara membilas salah iaitu dari belakang ke hadapan.

Ø  Faktor persekitaran. Mangkuk tandas yang kotor boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kurangkan penggunaan tandas awam jika boleh. Jika terpaksa pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga. Misalnya gunakan plastik pengalas mangkuk tandas.

Cara Menghilangkan faraj berbau busuk :
  1. Cara terbaik untuk mengatasi faraj berbau adalah dengan menggunakan daun sirih sebagai bahan pembersih semulajadi dari luar dan dalam tubuh. Gunakan daun sirih sebagai penghilang bau faraj yang tidak menyenangkan.
  2. Gunakan air garam. Bancuh 2 sudu garam dengan secawan air panas. Masukkan air garam tadi ke dalam baldi atau besen. Gunakan sebagai bilasan setiap kali anda selesai membuang air kecil atau besar atau selepas bersama suami.
  3. Biarkan faraj anda kering sebelum memakai seluar dalam. Jika di rumah anda boleh gunakan ‘hair dryer’ untuk mengeringkannya.
  4. Sebaiknya jika di rumah tidak perlu memakai seluar dalam dan pakailah pakaian yang longgar untuk membolehkan pengaliran udara.
  5. Jika keadaan tidak berubah atau semakin teruk, dapatkan nasihat doktor. Doktor mungkin akan memberi anda ubat antibiotik.
  6. Elakkan memakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ragi.
  7. Makanlah yoghurt yang mempunyai bakteria hidup bagi menmbahkan probiotik (bakteria baik) ke dalam tubuh badan.
  8. Elakkan melakukan hubungan seksual sehinggalah keadaan anda pulih sepenuhnya.

Monday, February 6, 2017

Redup Rimba

Kali ni kita singgah pula di redup rimba bertempat di bangi yang terkenal dengan laksa dan cendol. Memang terkenal dengan kesedapannya dari dulu hinggan sekarang masih masa rasanya. Anda boleh mencubanya sendiri. Kepada yang tidak pernah merasanya, saya cadangkan supaya mencuba ye. Kepada peminat atau hantu laksa, saya cadangkan kepada anda. Memang terbaik dan berpuas hati.

Selamat menjamu selera.
😉😉😉😍😍😍


Thursday, January 26, 2017

CaRta Hit Jan 2017


  1.  Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
  2. Ara Af 2016 - Warkah Untukku
  3. Ayda Jebat - Nakal Nakal Nakal
  4.  Ayda Jebat - Pencuri Hati v Dangdut
  5.  Aziz Harun - Beautiful
  6. Azmil - Nyawaku
  7. Cakra Khan - Mencari Cinta Sejati
  8. Cherpen - Kali Ini
  9. Elizabeth Tan - Tabah
  10. Fahmi Esmail - Halang
  11. Faizal Tahir - Sejati
  12. Farah Farhanah - Sampai Jannah
  13. Irfan Haris - Redha
  14.  Isyana Saraswati - Tetap Dalam Jiwa
  15.  Khai Bahar - Bayang
  16. Sufian Suhaimi - Terakhir
  17. Syamel AF - Lebih Sempurna
  18. Tajul - Sedalam Dalam Rindu
  19. Tasha Manshahar Feat. Viral - Oh No
  20. Chomel - Andai Jodoh