Penyebab Miss V Berbau :
Ø Adanya infeksi kulat dan bakteria,
seperti kulat candida albicans dan bakteria haemophillus vaginalis. Sama ada
daripada anda sendiri atau pun suami.
Ø Suami tidak menjaga kebersihan alat
sulitnya hingga menyebabkan jangkitan pada anda sewaktu mengadakan hubungan
seksual.
Ø Kurang menjaga kebersihan faraj.
Jarang mencukur atau tidak mencukur bulu kemaluan. Kalau dah panjang, jangan
disimpan, cepat-cepat cukur kerana ia boleh membuatkan faraj berbau.
Ø Akibat kerap memakai pakaian dalam
yang terlalu ketat atau bahan sintetik sehingga tidak menyerap peluh.
Ø Adanya perubahan hormon hingga
menyebabkan keluar cecair berlebihan dan faraj sentiasa lembab serta boleh
menimbulkan infeksi jika tidak dibersihkan dengan kerap.
Ø Penggunaan pad / pantyliner
yang terlalu lama hingga menyebabkan jangkitan kuman.
Ø Akibat PMS atau masa menuju hari
kitaran haid.
Ø Penggunaan pembersih faraj yang
berlebihan atau tidak sesuai dengan kulit anda kerana ada kandungan bahan
kimia.
Ø Masalah keputihan yang berlebihan.
Salah satu makanan yang boleh menyebabkan keputihan adalah timun, daging merah,
kopi, bawang, produk tenusu, rempah ratus & alcohol yang berlebihan.
Ø Jarang mencuci vagina dan cara
membilas salah iaitu dari belakang ke hadapan.
Ø Faktor persekitaran. Mangkuk tandas
yang kotor boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kurangkan penggunaan tandas
awam jika boleh. Jika terpaksa pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga.
Misalnya gunakan plastik pengalas mangkuk tandas.
Cara
Menghilangkan faraj berbau busuk :
- Cara terbaik untuk mengatasi faraj berbau adalah dengan menggunakan daun sirih sebagai bahan pembersih semulajadi dari luar dan dalam tubuh. Gunakan daun sirih sebagai penghilang bau faraj yang tidak menyenangkan.
- Gunakan air garam. Bancuh 2 sudu garam dengan secawan air panas. Masukkan air garam tadi ke dalam baldi atau besen. Gunakan sebagai bilasan setiap kali anda selesai membuang air kecil atau besar atau selepas bersama suami.
- Biarkan faraj anda kering sebelum memakai seluar dalam. Jika di rumah anda boleh gunakan ‘hair dryer’ untuk mengeringkannya.
- Sebaiknya jika di rumah tidak perlu memakai seluar dalam dan pakailah pakaian yang longgar untuk membolehkan pengaliran udara.
- Jika keadaan tidak berubah atau semakin teruk, dapatkan nasihat doktor. Doktor mungkin akan memberi anda ubat antibiotik.
- Elakkan memakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ragi.
- Makanlah yoghurt yang mempunyai bakteria hidup bagi menmbahkan probiotik (bakteria baik) ke dalam tubuh badan.
- Elakkan melakukan hubungan seksual sehinggalah keadaan anda pulih sepenuhnya.