SELANGOR MALAYSIA

Friday, February 8, 2019

bronok a.k.a Acaudina molpadioides (saintific name)

Assalammualaikom w.b.t

Hari ni saya nak shared sejenis makanan eksotik yang terkenal di Pulau Langkawi, Kedah.  Dikenali sebagai Bronok atau nama saintifiknya adalah Acaudina molpadioides sejenis timun laut yang hanya boleh hidup di kawasan laut bersih diantaranya di sekitar Langkawi. 

Bronok

Kepada yamg takut melihat darah,  jangan risau ketika siang Bronok ni memang tiada darah didalamnya cuma ada lumpur. Cara siang harus dibelah dan dibuang lumpurnya. Kemudian dibersihkan dan dipotong kecil.

 
Dihiris kecil


Bilas sehingga bersih dan toskan, sediakan bahan seperti :

Kerisik
Kelapa parut
Cili kering atau cili padi
Limau nipis 
Sedikit garam
Parutan mangga
Daun kesum (mengikut citarasa) 

Masukan semuanya kemudian gaul sehingga sebati.

Kerabu bronol simple

Bronok amat sesuai dibuat kerabu dan rasanya adalah masin, sesiapa yang pernah makan rumpai laut segar maka dia tahu macam mana rasanya.  Ada rasa masin dengan teksturnya yang kenyal. Sedap rasanya. Kepada penggemar eksotik diluar sana,  datanglah mencuba baru tahu. Selamatencuba ye.  😇



Wednesday, January 30, 2019

Cara untuk mendapatkan RFID

Assalammualaikom w.b.t semua blogger yang disayangi.


Okey hari ni saya nk berkongsi tentang bagaimana hendak memdapatkan sticker RFID.
Memula anda hari ke laman web Pre-register for the RFID untuk pilot register, hanya masukkan detail seperti di bawah :










Kemudian klik submit, ia akan register dan email kepada anda. Ketika saya membuat pendaftaran saya telah menunggu kira-kira 2 bulan kerana pada masa itu RFID sedang dalam prosess jadi saya buat pendaftaran dahulu kemudian ke peringkat seterusnya iaitu anda perlu install e-wallet Touch N Go dan perlu register dan jangan lupa tambah nilai sekali ye… kemudian barulah anda pergi ke lama web RFID Registration serperti ini :





Masukkan no tel yang telah didaftarkan. Kemudian ia akan mengeluarkan 6-digit PIN. Masukkan no pin yg telah anda tetapkan (pin yang telah anda register semasa install e-wallet.





Kemudian anda perlu mengisi semua detail dan Register No PLATE serta boleh membuat temujanji untuk pemasangan sticker tersebut di lokasi yang berdekatan.

Terima kasih

Saya harap artikel saya yang tidak seberapa ini boleh membantu anda yang diluar sana.