SELANGOR MALAYSIA

Friday, December 28, 2018

Nurkilan Diri


Assalammualaikom w.b.t

Salam sejahtera kepada blogger yang masih aktif di luar sana. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya untuk tatapan anda semuanya dan juga untuk iktibar buat kita semua termasuk diri ini. 

Suatu hari aku mendengar khabar berita yang agak mengejutkan iaitu IBU ku mengadapi penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Apa aku perlu buat? Ketika itu aku tergamam tanpa kata. Sungguh pilu hati ku bila mendengar khabar itu. 
Penyakit 3 serangkai sering kali menyerang mereka ketika umur meningkat usia. Saya akan berkongsi sedikit tentang penyakit ini. 

Kencing Manis (Diabetes) 

Kencing manis adalah sejenis keadaan yang kronik dimana gula dalam darah terlalu tinggi disebabkan insulin serta kegagalan fungsi PANKREASOrgan yang penting dalam tubuh badan manusia adalah PANKREAS berfungsi mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali insulin. fungsi insulin adalah membolehkan tisu - tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Sekiranya insulin tidak cukup atau tidak berkesan, paras glukos akan meningkat dalam darah.

Mempunyai dua jenis iaitu :-

1. Jenis 1 (Type 1) - Bergantung kepada insulin (IDDM)
2. Jenis 2 (Type 2) - Tidak bergantung kepada insulin (NDDM)

Gejala :-

1. Kerap membuang air kecil
2. Dahaga
3. Lapar 
4. Letih dan lesu
5. Penglihatan kabur
6. Penyakit kulit yang berterusan (kulit akan menjadi kering)
7. Luka lambat sembuh
8. Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan
9. Kebas kaki
10. Penurunan berat badan 


Faktor / Risiko :-

1. Berat badan yang berlebihan 
2. Tidak bersenam 
3. Permakanan - pengambilan makanan yang tidak seimbang tinggi lemak dan kurang serat
4. Keturunan - mempunyai perkaitan yang kuat dengan keluarga
5. Peningkatan umur
6. Bangsa - kaum india diantara mempunyai risiko tinggi mengalami ini.

***Peningkatan glukos yang mendadak akan menyebabkan pesakit keliru dan tidak sedarkan diri (diabetic coma).



Kronik (Paras gula berterusan)

1. Menyebabkan kerosakan yang berpanjangan iaitu :

 - Mata - Kabur, katarak, pendarahan dalam mata hingga menyebabkan buta.
 - Saraf - Kebas, hilang deria rasa terutamanya di tangan dan kaki hingga mengakibatkan kecederaan tanpa disedari.
 - Otak - Angin ahmar (Stroke)
 - Buah Pinggang - Kegagalan fungsi buah pinggang 
 - Jantung - Serangan jantung


Rawatan (Tanpa Ubat)


Penjagaan umum :
1. Jagaan kulit :-
- Kerap mandi
- Kering seluruh bahagian
- Rawat luka dan calar sekiranya 2-3 hari tidak sembuh sila terus berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

2. Jagaan kaki :-
- Cuci kaki setiap hari
- Kaki pastikan sentiasa kering
- Potong kuku kaki dan pastikan tidak panjang
- Sentiasa tukar stokin setiap hari 
- Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar 
- Selalu pakai kasut lembut

3. Pnejagaan gigi
4. Pemeriksaan mata secara berkala
5. Elakkan minuman alkohol
6. Berhenti merokok
7. Kawal permakanan
8. Kawal berat badan 
9. Kerap bersenam 


Rawatan (Ubatan)

1. Ubat mengurangkan paras glukos 
2. Insulin

_____________________________________________________

Darah Tinggi (Hypertension) :-


Darah tinggi adalah penyakit senyap sehingga membawa kepada komplikasi dan juga kematian sekiranya tidak dirawat. Organ yang terlibat adalah JANTUNG yang berfungsi mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah mempunyai dua bacaan iaitu :

1. Tekanan sistolik - bilangan yang lebih tinggi (120)
2. Tekanan darah sistolik - bilangan yang lebih rendah (80)

(180 / 80)

Bacaan Tekanan Darah
Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg
Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Optima
< 120
And < 80
Normal
< 130
< 85
High Normal
130 – 139
85 – 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 – 159
or 90 – 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
160 – 179
or  100 – 109
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3
≥  180
≥  110
Hipertensi Sistolik sahaja
Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg
Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Peringkat 1
> 140 – 159
< 90
Peringkat 2
> 160
< 90
  • Penyakit arteri koroner (penyakit jantung koroner) – penyempitan pembuluh darah jantung.
  • Aritmia – gangguan pada irama jantung.
  • Penyakit jantung bawaan – kelainan jantung sejak lahir.
  • Kardiomiopati – gangguan pada otot jantung.
  • Infeksi jantung – infeksi pada jantung akibat bakteri, virus, atau parasit.
  • Penyakit katup jantung – gangguan pada salah satu atau keempat katup jantung.
  • Nyeri dada terasa seperti tertindih.
  • Nyeri di leher, rahang, tenggorokan, punggung, dan lengan.
  • Jantung berdebar atau detak jantung malah melambat.
  • Perubahan pada irama jantung.
  • Sesak napas.
  • Batuk kering yang tidak membaik.
  • Mudah lelah saat beraktivitas.
  • Tangan dan kaki terasa dingin.
  • Sianosis atau warna kulit yang membiru.
  • Pembengkakan pada tungkai, lengan, perut, atau sekitar mata.
  • Pusing.
  • Pingsan atau terasa ingin pingsan.
  • Demam.
  • Ruam kulit.
  • Aneurisma. Aneurisma adalah pembesaran di dinding arteri, yang bila pecah dapat menyebabkan kematian.
  • Penyakit arteri perifer. Kondisi ini ditandai dengan tersumbatnya aliran darah ke kaki, sehingga menyebabkan nyeri saat berjalan (klaudikasio).
  • Stroke. Sejumlah faktor risiko yang memicu penyakit jantung koroner juga dapat memicu stroke iskemik. Stroke iskemik terjadi ketika arteri ke otak tersumbat, sehingga tidak menerima aliran darah yang cukup. Kondisi tersebut harus segera ditangani, karena dapat mematikan jaringan otak dalam beberapa menit setelah serangan stroke terjadi.
  • Gagal jantung. Kondisi ini terjadi ketika jantung tidak dapat memompa cukup darah ke seluruh tubuh. Gagal jantung dapat terjadi akibat penyakit jantung koroner, penyakit katup jantung, penyakit kelainan jantung, kardiomiopati, dan infeksi jantung.
  • Serangan jantung. Kondisi ini terjadi ketika bekuan darah menghambat aliran darah ke jantung yang sudah menyempit sebelumnya, dan merusak bagian ototnya. Salah satu yang dapat memicu menyempitnya pembuluh darah jantung adalah aterosklerosis.
  • Henti jantung mendadak. Kondisi ini terjadi ketika fungsi jantung berhenti mendadak, sehingga penderita tidak bisa bernapas dan kehilangan kesadaran. Bila tidak segera ditangani, dapat mengakibatkan kematian. Henti jantung mendadak seringkali dipicu oleh aritmia.


Penyebab :-

1. 90% sebabnya tidak diketahui

2. 10% :
- Penyakit buah pinggang 
- Penyakit sistem endokrin
- Penyakit pembuluh darah

3. Penyakit keturunan (50%) akan diwarisi oleh anak - anak.


Faktor / Risiko

1. Cara hidup yang tidak aktif
2. Umur lebih 35 tahun
3. Merokok
4. Kegemukan 
5. Paras kolestrol yang tinggi
6. Sejarah keluarga
7. Pengambilan alkohol yang berlebihan 
8. Pengambilan garam yang tinggi


Tanda dan gejala

1. Pengidap kebanyakkan tidak mengalami sebarang gejala
2. Pening atau sakit kepala (biasa terjadi diwaktu pagi)


Komplikasi (Kesan Buruk)

·       Otak
o    Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

·       Penyakit jantung seperti :
o    Coronary Heart Disease
o    Congestive Heart Failure
o    Left Ventricular Hypertrophy

·       Komplikasi pada mata
o    Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o    Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

·       Komplikasi pada buah pinggang
o    Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).

·       Peripheral vascular disease seperti
o    Aneurysm
o    Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Rawatan :-

1. Ubah amalan gaya hidup sihat 
2. Amalkan permakanan yang sihat
3. Kurangkan pengambila kolestrol dan garam 
4. Melakukan senaman berkala 
5. Kurangkan berat badan yang berlebihan 
6. Atasi tekanan secara berkesan 
7. Berhenti merokok


_____________________________________________________

Jantung (Heart Disease) :-

Penyakit jantung adalah dimana kondisi jantung mengalami gangguan. Gangguannya terdiri pelbagai jenis contohnya pembuluh darah jantung, irama jantung, katup jantung, atau akibat bawaan lahir. Fungsi utama jantung adalah mengalirkan darah yang kaya dengan oksigen keseluruh tubuh badan. 


Jenis Penyakit Jantung
Istilah penyakit jantung meliputi beragam gangguan pada jantung, antara lain:


Gejala :-






Komplikasi 
Sejumlah komplikasi yang dapat terjadi akibat penyakit jantung, antara lain:


Saya berharap info ini dapat membantu para blogger sekelian. Saya doakan agak mereka yang menghidapi penyakit ini cepat sembuh. sekiranya di peringkat awal masih boleh kita usahakan untuk sembuh. Jangan mudah putus asa dan sentiasa yakin bahawa ALLAH S.W.T sentiasa bersama kita. Kita sebagia hambanya hanya mampu berdoa. In shaa allah....



                                                 ....................SEKIAN ....................


Friday, November 2, 2018

New Release Malay Song 2018 (Top 20)


Malay Song Collection By Deejay Ain 2018 (Top 20)

  1. Hannah Delisha - Esok Masih Ada
  2. Tajul & Wany - Rindu Dalam Benci
  3. Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita
  4. Idayu – Disini
  5. Wani Ft. Waris - Pendusta Cinta
  6. Mal Imran - Tentang Perasaan Kita
  7. Fatin Husna - Terlepas Cinta
  8. Along - Menolak Hatiku
  9. Najwa Latif - Aku
  10. Lokman Naufal - Haruman Terindah
  11. Aina Abdul - Ribut Hati
  12. Akmal Amsyar - Cinta Ini Mimpi
  13. Ame Azlan - Sampai Bila
  14. Afieq Shazwan - Seandainya
  15. Wani - Aku Selalu Setia
  16. Tasha Mansahar - Bukan Aku
  17. Cherpen Band - Kali Ini
  18. Shamim - Cinta Terbaik
  19. MJ – Delusi
  20. Toi - Rindu Pengubat Luka

Tuesday, July 24, 2018

PUTERI AYU

KUIH PUTERI AYU

BAHAN BATTER :
2 biji telur gred A
150 gm gula halus
1 sudu kecil ovalette
100 ml pati santan
60 ml jus pandan(kisar 5 helai Daun pandan dgn air,tapis)
180 gm tepung gandum
3 sudu kecil tepung ubi kayu
Beberapa titis pewarna hijau
-putar telur,ovalette dan telur menggunakan mixer sehingga kembang dan gebu.
-masukan santan,jus pandan dan tepung secara berselang seli,putar dgn kelajuan yang pelahan..tambah pewarna hijau Jika suka..gaul sebati.

BAHAN TOPPING :
2 cawan kelapa parut putih
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
-satukan,gaul sebati semua bahan,ketepikan.
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan xperiuk kukusan..sediakan acuan puteri ayu dan sapu dgn minyak..
2. Ambil 1 sudu besar bahan topping,tekan dan padatkan dalam acuan..ulang hingga habis..
3. Kukus Selama 20 minit..sejukan dan keluarkan dari acuan..

Kek Japanese Cotton Cheese

Kek Japanese Cotton Cheese


Bahan A :

60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung
250g cream cheese
100ml susu segar
50g unsalted butter
6 biji kuning telur
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar jus lemon

Bahan B :

140g gula
6 biji putih telur gred A
1/4 sudu kecil cream of tartar


Asingkan putih telur dan kuning telur.
Cairkan cream cheese, butter dan fresh milk dengan kaedah double boiler.
Jangan guna direct heat. Guna teknik double boiled macam cairkan coklat sambil kacau menggunakan whisk sampai cair. Dah cair, ketepikan.
Pukul telur kuning kemudian masukan adunan cream cheese yang dicairkan tadi. kacau menggunakan whisk.
Ayak tepung kek dan jagung yang telah disukat tadi ke dalam bekas tersebut. kemudian masukan garam, 1 sudu besar lemon jus. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

Cara membuat meringue (Bahan B)

Guna bekas lain. pukul telur putih menggunakan mixer standard sehingga berbuih-buih (foamy) ala-ala macam mandi dekat bath tub tu...
Bila dah berbuaih, masukan cream of tartar. pastu masukan gula kemudian pukul sehingga meringue menjadi putih berkilat dan bertanduk (soft peak), tektur pekat likat.
Masukan 1/3 meringue kedalam adunan cheese, bolak balikkan smapai sebati, masukan 1/3 , then habiskan kesemua meringue tadi. Gunakan kaedah kaup balik ye. lagi erok guna satu arah.
Guna loyang kek 8" lapik pakai paper oil. tepi tu pun balut dengan baking paper juga. Tuangkan adunan dalam bekas kek, ketuk sikit bawah bagi rata.
Sebelum bakar, letak loyang yang berisi air panas dan letakan adunan cheesecake kita itu dalam loyang yang ada air panas tadi. Bakar kaedah 'water bath' untuk bagi effect moist dekat kek kita.
Panaskan oven dengan suhu 170c selama 20 minit. Kemudian letak tin kek dengan loyang ada air panas ke dalam oven.
Turunkan suhu 160c. Bakar selama 1 jam atau 1jam 10 minit bergantung oven masing-masing atau sampai jadi warna keemasan (golden) dekat atas kek tersebut. Api atas bawah.

Siap untuk dihidangkan!!!

*** jangan sampai overheat bila menggunakan mixer.

Selamat menjamu selera.

Tom Yam (putih)

Tom Yam (putih) - Resepi Deejay Ain


Bahan - bahanya :

Ayam 1/2 ekor (siap dibilas)
Bunga gobis
Lobak merah (carrot) 1pc
Brokoli 1pc
Putik Jagung (baby corn) 4pc
Tomato 4pc
Daun limau purut 2-3pc
Garam & perasa secukupnya
Air 500ml

Bahan Ditumbuk : 

Serai 1pc
Halia 2 inci
Bawang merah
Bawang putih
Cili api

Cara - caranya :

1. Masukan ayam kedalam periuk dan tuangkan air.
2. Hiriskan brokoli, bunga gobis, putik jagung dan lobak merah mengikut kreativiti anda dan masukan ke dalam periuk. Masukan bahan yang ditumbuk sekali.
3. Masukan kesemua bahan kedalam periuk dan masak. biarkan sehingga mendidih dan siap dihidangkan.

***kalau nk masam masukan asam keping tapi jgn lama. bila dah masam terus angkat asam keping berkenaan.
***kalau nk merah letak lebih tomato.

Selamat mencuba.

Sambal Udang

Sambal Udang


Bahan - Bahannya:

Udang 10 ekor (saiz besar)
Cili kering 10 biji
Bawang merah 1 biji (saiz sederhana)
Bawang putih 5 biji


Cara - caranya :

1. Rebus atau redam cili kering mengikut cara anda.
2. Toskan dan bilas. blander kan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga hancur.
3. Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang di kisar tadi sehingga naik minyak.
4. masukan garam dan gula mengikut citarasa anda.
5. Akhir sekali masukan udang biarkan selama 4-8 minit kemudian tutup api. Sedia di hidangkan.

***Selamat menjamu selera.

Monday, July 23, 2018

Kuih Sagu

KUIH SAGU
Bahan-bahan :
Sagu setengah cawan
Gula 5 sudu
Kelapa parut + garam( kukus kejap)
Cara-cara :
Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros(saya rendam 1jam setengah)
pastu toskan, buh dalam satu bekas n tambahkan gula kacau2,
Sudukan dalam acuan n kukus selama 25-30 min..
Then gaulkan dalam kelapa..
Siap..sedap...langsung xnampak putih2..merah jernih ja kuih lepas siap...

* manis yg saya guna manis2 buah ja..kalau suka manis lagi boleh tambah gula sikit lagi
* cadangan hidangan 13 biji kuih yang comel.

KUIH CARA MANIS

KUIH CARA MANIS 


Bahan-bahan:
100 gram tepung gandum
100ml santan
300ml air
1 biji telur
1/3 sudu kecil garam
beberapa titik perisa pandan
beberapa titik pewarna hijau
Gula sebagai inti

Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum, santan, air, garam, telur, perisa pandan dan pewarna hijau ke dalam bekas.
2. Kacau sebati.
3. Kemudian tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses memasak nanti.
4. Panaskan acuan dengan menggunakan api perlahan/ kecil.
5. Sapu minyak pada acuan.
6. Tuangkan adunan ke dalam lubang acuan.
7. Masukkan 1/2 sudu kecil gula ke atas adunan di setiap lubang.
8. Tutup acuan cara dengan tudung periuk.
9. Set timer selama 9 minit.
10. Selepas 9 minit dan kuih masak, guna pengcungkil gigi untuk keluarkan dari acuan.
11. Angkat dan ulang semula langkah 5 sehingga selesai semua acuan.

Kuih Dorayaki (Kuih Doraemon)

Kuih Dorayaki (Kuih Doraemon)


Bahan-bahan:


100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

Inti asal : Red bean, atau 'Anko' nama jepun dia.

Cadangan lain untuk inti : Nutella, Vanilla, Blueberry, Rasberry dan sebagainya.

Cara-cara:
1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.

4. Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.

5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.

6. Letakkan inti ditengah-tengah dorayaki. Tekan dorayaki dihujung. Siap untuk dimakan.