SELANGOR MALAYSIA

Tuesday, July 24, 2018

PUTERI AYU

KUIH PUTERI AYU

BAHAN BATTER :
2 biji telur gred A
150 gm gula halus
1 sudu kecil ovalette
100 ml pati santan
60 ml jus pandan(kisar 5 helai Daun pandan dgn air,tapis)
180 gm tepung gandum
3 sudu kecil tepung ubi kayu
Beberapa titis pewarna hijau
-putar telur,ovalette dan telur menggunakan mixer sehingga kembang dan gebu.
-masukan santan,jus pandan dan tepung secara berselang seli,putar dgn kelajuan yang pelahan..tambah pewarna hijau Jika suka..gaul sebati.

BAHAN TOPPING :
2 cawan kelapa parut putih
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
-satukan,gaul sebati semua bahan,ketepikan.
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan xperiuk kukusan..sediakan acuan puteri ayu dan sapu dgn minyak..
2. Ambil 1 sudu besar bahan topping,tekan dan padatkan dalam acuan..ulang hingga habis..
3. Kukus Selama 20 minit..sejukan dan keluarkan dari acuan..

Kek Japanese Cotton Cheese

Kek Japanese Cotton Cheese


Bahan A :

60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung
250g cream cheese
100ml susu segar
50g unsalted butter
6 biji kuning telur
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar jus lemon

Bahan B :

140g gula
6 biji putih telur gred A
1/4 sudu kecil cream of tartar


Asingkan putih telur dan kuning telur.
Cairkan cream cheese, butter dan fresh milk dengan kaedah double boiler.
Jangan guna direct heat. Guna teknik double boiled macam cairkan coklat sambil kacau menggunakan whisk sampai cair. Dah cair, ketepikan.
Pukul telur kuning kemudian masukan adunan cream cheese yang dicairkan tadi. kacau menggunakan whisk.
Ayak tepung kek dan jagung yang telah disukat tadi ke dalam bekas tersebut. kemudian masukan garam, 1 sudu besar lemon jus. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

Cara membuat meringue (Bahan B)

Guna bekas lain. pukul telur putih menggunakan mixer standard sehingga berbuih-buih (foamy) ala-ala macam mandi dekat bath tub tu...
Bila dah berbuaih, masukan cream of tartar. pastu masukan gula kemudian pukul sehingga meringue menjadi putih berkilat dan bertanduk (soft peak), tektur pekat likat.
Masukan 1/3 meringue kedalam adunan cheese, bolak balikkan smapai sebati, masukan 1/3 , then habiskan kesemua meringue tadi. Gunakan kaedah kaup balik ye. lagi erok guna satu arah.
Guna loyang kek 8" lapik pakai paper oil. tepi tu pun balut dengan baking paper juga. Tuangkan adunan dalam bekas kek, ketuk sikit bawah bagi rata.
Sebelum bakar, letak loyang yang berisi air panas dan letakan adunan cheesecake kita itu dalam loyang yang ada air panas tadi. Bakar kaedah 'water bath' untuk bagi effect moist dekat kek kita.
Panaskan oven dengan suhu 170c selama 20 minit. Kemudian letak tin kek dengan loyang ada air panas ke dalam oven.
Turunkan suhu 160c. Bakar selama 1 jam atau 1jam 10 minit bergantung oven masing-masing atau sampai jadi warna keemasan (golden) dekat atas kek tersebut. Api atas bawah.

Siap untuk dihidangkan!!!

*** jangan sampai overheat bila menggunakan mixer.

Selamat menjamu selera.

Tom Yam (putih)

Tom Yam (putih) - Resepi Deejay Ain


Bahan - bahanya :

Ayam 1/2 ekor (siap dibilas)
Bunga gobis
Lobak merah (carrot) 1pc
Brokoli 1pc
Putik Jagung (baby corn) 4pc
Tomato 4pc
Daun limau purut 2-3pc
Garam & perasa secukupnya
Air 500ml

Bahan Ditumbuk : 

Serai 1pc
Halia 2 inci
Bawang merah
Bawang putih
Cili api

Cara - caranya :

1. Masukan ayam kedalam periuk dan tuangkan air.
2. Hiriskan brokoli, bunga gobis, putik jagung dan lobak merah mengikut kreativiti anda dan masukan ke dalam periuk. Masukan bahan yang ditumbuk sekali.
3. Masukan kesemua bahan kedalam periuk dan masak. biarkan sehingga mendidih dan siap dihidangkan.

***kalau nk masam masukan asam keping tapi jgn lama. bila dah masam terus angkat asam keping berkenaan.
***kalau nk merah letak lebih tomato.

Selamat mencuba.

Sambal Udang

Sambal Udang


Bahan - Bahannya:

Udang 10 ekor (saiz besar)
Cili kering 10 biji
Bawang merah 1 biji (saiz sederhana)
Bawang putih 5 biji


Cara - caranya :

1. Rebus atau redam cili kering mengikut cara anda.
2. Toskan dan bilas. blander kan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga hancur.
3. Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang di kisar tadi sehingga naik minyak.
4. masukan garam dan gula mengikut citarasa anda.
5. Akhir sekali masukan udang biarkan selama 4-8 minit kemudian tutup api. Sedia di hidangkan.

***Selamat menjamu selera.

Monday, July 23, 2018

Kuih Sagu

KUIH SAGU
Bahan-bahan :
Sagu setengah cawan
Gula 5 sudu
Kelapa parut + garam( kukus kejap)
Cara-cara :
Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros(saya rendam 1jam setengah)
pastu toskan, buh dalam satu bekas n tambahkan gula kacau2,
Sudukan dalam acuan n kukus selama 25-30 min..
Then gaulkan dalam kelapa..
Siap..sedap...langsung xnampak putih2..merah jernih ja kuih lepas siap...

* manis yg saya guna manis2 buah ja..kalau suka manis lagi boleh tambah gula sikit lagi
* cadangan hidangan 13 biji kuih yang comel.

KUIH CARA MANIS

KUIH CARA MANIS 


Bahan-bahan:
100 gram tepung gandum
100ml santan
300ml air
1 biji telur
1/3 sudu kecil garam
beberapa titik perisa pandan
beberapa titik pewarna hijau
Gula sebagai inti

Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum, santan, air, garam, telur, perisa pandan dan pewarna hijau ke dalam bekas.
2. Kacau sebati.
3. Kemudian tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses memasak nanti.
4. Panaskan acuan dengan menggunakan api perlahan/ kecil.
5. Sapu minyak pada acuan.
6. Tuangkan adunan ke dalam lubang acuan.
7. Masukkan 1/2 sudu kecil gula ke atas adunan di setiap lubang.
8. Tutup acuan cara dengan tudung periuk.
9. Set timer selama 9 minit.
10. Selepas 9 minit dan kuih masak, guna pengcungkil gigi untuk keluarkan dari acuan.
11. Angkat dan ulang semula langkah 5 sehingga selesai semua acuan.

Kuih Dorayaki (Kuih Doraemon)

Kuih Dorayaki (Kuih Doraemon)


Bahan-bahan:


100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

Inti asal : Red bean, atau 'Anko' nama jepun dia.

Cadangan lain untuk inti : Nutella, Vanilla, Blueberry, Rasberry dan sebagainya.

Cara-cara:
1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.

4. Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.

5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.

6. Letakkan inti ditengah-tengah dorayaki. Tekan dorayaki dihujung. Siap untuk dimakan.