SELANGOR MALAYSIA

Tuesday, February 11, 2020

Virus influenza

Assalammualaikom semua…. Sekarang ni selalu terdengar tentang influenza atau selsema.  Jom saya kongsi ilmu sedikit sebanyak ye. Influenza adalah sejenis jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung,tekak, dan paru-paru.

Siapa yang patut menerima vaksin? 
- Ibu bapa -boleh memilih untuk memberi vaksin kepasa anak-anak mereka setiap tahun bagi mengelakkan jangkitan ini.
Influenza A vs B (paling kerap berlaku pada manusia)

Ada 4 type sebenarnya. Selalunya paling terkenal adalah  influenza A diikuti dengan B dan seterusnya. Keduanya mempunyai cara berjangkit dan gejala yang lebih kurang sama. 

Influenza A
1. Wabak selesema bermusim secara praktikal setiap tahun. Boleh menghangkiti manusia dan haiwan.
2. Ia mempunyai beberapa subjenis bergantung kepada 2 protein di permukaan virus ini iaitu hemagglutinin and neuraminidase.

Influenza B
1. Wabak bermusim yang biasanya hanya berjangkit pada manusia sahaja. Terdapat dua keturunan infuenza iaitu  – Victoria and yamagata.
2. Bermutasi lebih perlahan daripada influenza A virus.

Influenza C
1. Penyakit ringan.

Influenza D
1. Terutamanya menjangkiti lembu dan tidak dilihat menjangkiti manusia.

Gejala flu dari ringan ke teruk dan mereka berbeza dari orang ke orang. 
1. Keletihan 
2. Hidung tersumbat 
3. Batuk
4. Sakit kepala 
5. Sakit tekak 
6. Sakit badan
7. Menggigil 
8. Demam
9. Muntah atau cirit birit (selalunya terjadi pada kanak-kanak)

Sesetengah orang mempunyai pengalaman berbeza contohnya :
1. Sakit dada
2. Sesak nafas
3. Kelemahan  
4. Demam tinggi
5. Sawan
6. Pening kepala
7. Kehilangan kesedaran

Selalu kebanyakan risiko flu complikasi termasuk:
1. Ibu mengandung 
2. Orang yang mempunyai keadaan perubatan kronik tertentu. 
3. Kanak-kanak 5 tahun keatas
4. Orang dewasa lebih 65 tahun

Rawatan 
1. Mengambil antiviral medication adalah idea yang terbaik bagi yang mempunyai risiko. (e.g ubat oseltamivir, zanamivir, peramivir, baloxavir marboxil)
2. Minum air masak secukupnya 
3. Dapatkan rehat yang secukupnya
Cara pencegahan 
1. Had kan berjumpa dengan orang sakit.
2. Tinggal di dalam rumah ketika sakit.
3. Tutup mulut atau hidung ketika bersin atau batuk 
4. Sentiasa basuh tangan 
5. Pembasmian permukaan yang mungkin mengandungi kuman 
6. Elakkan sentuh mata, hidung dan mulut.

Dan cara terbaik untuk pencegahan adalah mengambil vaksin setiap tahun.

-terima kasih-