SELANGOR MALAYSIA

Piramid makanan



Pyramid makanan adalah carta makanan yang membantu kita merancang pengambilan dan sukatan yang sesuai untuk kita setiap hari. Ia juga digunakan sebagai panduan bagi menyediakan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan yang seimbang juga dapat memastikan tubuh badan kita memperolehi nutrisi yang cukup serta berfungsi dengan baik.


ARAS 1
Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks.  Merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2
Sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak serta pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3
Daging, ayam, ikan, kekacang dan hasil tenusu. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
Contoh hasil tenusu adalah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.


ARAS 4
Lemak, minyak dan gula. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan

No comments:

Post a Comment