SELANGOR MALAYSIA

Wednesday, December 23, 2015

PELBAGAI PETUA

  • PETUA UNTUK MENGELAKKAN KESAN GETAH MELEKAT DI MATA PISAU

Sebelum di gunakan, sapu mata pisau tersebut dengan minyak masak or minyak zaitun. In shaa allah selepas pisau itu digunakan, kita akan senang memcucinya. Selamat memcuba!!!


  • PETUA UNTUK MENGELAKKAN GELAS DARIPADA PECAH

Sebelum menuangkan air panas ke dalam gelas, masukkan sudu besi kedalam gelas terlebih dahulu dan kemudian baru tuangkan air panas tersebut kedalam gelas tadi. In shaa allah gelas tidak akan pecah. Selamat memcuba!!!


  • PETUA UNTUK SELSEMA

Ambil hirisan Limau Nipis atau Lemon, masukkan ke dalam teh o panas / suam kemudian kacau dan minum perlahan – lahan. In shaa allah selsema akan berangsur kurang. Selamat memcuba!!!


  • PETUA UNTUK DEMAM

Bagi sesetengah orang, mereka memang tidak suka ke Hospital atau Klinik kan, so amalkan petua ini. Pakai baju tebal dua tiga lapis, jangan bukak air-cond atau kipas langsung, bungkus padan dengan selimut atau blanket dan biarkan sampai badan kita keluar peluh. In shaa allah demam semakin kebah. Selamat memcuba!!!


  • PETUA UNTUK MELEBATKAN RAMBUT

Cari beberapa kuntum bunga Raya, sediakan air suam kemudian ramas daun bunga raya bersama air suam tadi sehingga jadi lendir. Bila anda ingin mandi, basahkan kepala dengan lendir tadi dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas. Amalkan untuk beberapa minggu, in shaa allah akan membuahkan hasil dan rambut makin lebat dan hitam berkilat. Selamat memcuba!!!


  • PETUA UNTUK MENGHILANGKAN KEPUTIHAN

Bagi kaum wanita, keputihan amatlah tidak selesa terutama keputihan yang banyak dan berbau serta gatal. Ambil beberapa daun sirih diletakkan kedalam basin kemudian tuankan air suam kedalamnya selepas itu ramas daun sirih tersebut bersama air suam dan cuci di bahagian sulit tersebut. Amalkan setiap kali selepas membuang air kecil. Kalau masa kita mencucinya masih suam lagi elok tapi kalua dah sejuk pun xpe xjadi masalah.  Amalkan selama beberapa hari, In shaa allah akan nampak hasilnya bukan setakat menghilangkan keputihan, bau pun akan hilang. Selamat memcuba!!!

No comments:

Post a Comment